Sedikit sebanyak psl aku...

Nama: Kamarul Saffiq b. Kamarudin
T/Lahir: 27 November 1988
Pekerjaan: Juruteknik Komputer FT17

Aku berkerja dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan diamanahkan untuk bertugas di SMK Bongawan II, Kimanis, Papar. Cita-cita asal aku adalah untuk menjadi seorang juruterbang tetapi rezeki aku dapat kerja dalam sektor kerajaan, Alhamdulillah. Disebabkan aku tidak mencapai cita-cita asal aku, aku tetap dengan hobi aku mengexplore knowledge pasal aircraft ni.

Berasal dari Shah Alam, Selangor. Bermastautin di Papar, Sabah. Berstatus bujang, tapi rasanya not available kot. Tapi masih boleh mencuba. Jodoh di tangan tuhan kan. Berperwatakan yang aku sendiri tidak tahu, sebab orang lain yang lebih nampak perwatakan aku. Mereka-mereka cakap aku ni selamba dan happy go lucky. Detail? Tanya lah mereka-mereka.

Sedang menyambung pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam jurusan Teknologi Maklumat di Open Universiti. Tapi out campus lah.

Minat? Fotografi boleh laaaa. Aktiviti lasak (darat dan air). Bola dan badminton. Serta benda yang tiba-tiba aku rasa menarik untuk dilakukan. Sangat gemar explore general knowledge walaupun kadang-kadang benda itu bukan dalam bidang aku.

Tak banyak mengenai aku. Semua orang tak sempurna tetapi ada kelebihan masing-masing dan aku sendiri bangga menjadi diri aku.

KSPhotography

No comments:

Post a Comment